Sunday, August 23, 2009

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan.

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam 3 :
Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 :
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.
Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 :
Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

No comments:

Post a Comment