Wednesday, April 21, 2010

..doa..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

..happy besday..

assalamualaikum..
tanggal 19 APRIL 1987, sy mengenal dunia..
pada hari smalam jg, 19 APRIL 2010, tibalah hari ulang tahun kelahiran sy..
pada tahun ni, umur sy menginjak kepada 23 tahun..
ini beerti sudah 23 tahun sy berada di dlam dunia yg indah ini..
ALHAMDULILLAH..
sy msh lg diberi peluang untuk menikmati nikmat kehidupan ini..
sy masih lagi mampu melakukan aktiviti2 harian sy..
buat rakan-rakan seperjuangan, dan keluarga..
ribuaan terima kasih sy ucapkan diatas ingatan kalian..
sy amat hargai..

terima kasih sy ucapkan kepada ma kerana melahirkan sy ke dunia..
tanpa ma dan abah, sy xmampu berada di dalam dunia ini..

buat Azim: thanks a lot ats perhubungan y kita bina..semoga ia kekal..
buat Tini, Yana, Dila, Ida, Yati, Wani, Noi, K.lyn : thanks ats sambutan party kalian..
buat rakan2 lain: thanks...u all my frends..frends forever..

bila dikenang balik..selama 23 tahun ini, masih bnyk y sy tidak lakukan..
bila dikenang kembali..dlm 23 tahun ini jg, bagaimana dgn amalan2 dan bekalan sy untuk "kesana"???
bila difikirkan kembali, 23 tahun apakah sy telah menggembirakan keluarga sy terutama ma dan abah??
bila dihitungkn kembali, selama 23 tahun begitu banyak kesilapan dan khilaf yang telah sy lakukan..

~~semoga dengan kedatangan hari ini, sy menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan esok hari~~

Monday, April 5, 2010

..ANAK -ANAK YATIM HAWA KINTA...

ASSALAMUALAIKUM...
Semalam, 4 April 2010, satu pengalaman baru telah sy perolehi..
roomate sy mengajak sy untuk join prgram anak-anak yatim kat IPOH..
dh lama sy teringin nk ke rumah ank2 yatim @ org2 tua..
alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat sy..
mula2 smpai area kol 10pg, sy liht ank2 yatim seramai 40 orang ni menyambut kami semua dengan gembira..
sy lihat mereka dan hati sy terasa sayu...
sy tahan perasaan sy..
semasa aktiviti berlangsung, sy ada berckp dgn seorang kanak2 yg berumur 11 tahun..
nm sy xbrapa nk ingt..
sy berbual dgn budak ni..
begitu petah berkata2..
dia ada adik bersamanya di rumah itu..berumur 9thn..
nma SYIMA..

sy : adik ada mak ayah lg?
adik : ada...tp dh bercerai..
sy : mak ayah kat mn?
adik : mak kat cameron..ayah kat... (sy xbrapa dgr sbb aktiviti berlangsung dgn iringan muzik dan kegembiraan adik2 lain)
sy : adik sorg je ke kat sini? ada brape org adk beradik??

adik : ada 2 org..tu adik...(smbil menunjuk tgn nya kearah adik nya)..

sy : kenapa muka adik tu ada luka?? (muka adik syima ada kesan luka)

adik : budak asrama lontar kasut kat muka dia..
sy : (hati sy mula berasa sayu..tabahya hati adik2 ni..)sape antar adik ke sini??
adik : mak dan opah...mak ayah TAK SAYANGKAN kami..

sy berlalu dr adik tu, dan air mata sy menitis akhirnya..
sayu sangat2..kata-kata adik tu membuatkn sy rasa sedih sgt2..
YA ALLAH..Begitu besar ujian KAU berikan kepada mereka yg masih xmengerti apa2 lagi..
sy keluar dr dewan dan rs dh xsnggup nk bertanya dgn lebih bnyk..
sy rasa betapa beruntungnya hidup sy adik beradik..
walaupun xmewah kehidupan kami, tp masih ada tmpat berteduh bersama ma dan abah...

pengalaman ini begitu berharga buat sy..
ada antara mereka yg berjaya mendapat 5A didlm SPM baru2 ini..
TAHNIAH Syam...
akak doakan Syam la y bakal membantu adik2 kat rumah y pernah SYAM duduki ni..
pengalaman ni, sy kongsi bersama dgn azim dan rakannya yg berniat dtg hanya sekejap, tetapi hampir separuh juga mereka bersama anak2 yatim ini.
sy dh xbrani nk bertanya hal latar belakang adik2 sekalian..
sy takut, nnti mereka melihat sy menangis..

semasa bersalaman sebelum pulang semalam, sy memeluk si adik kecil td..
sy rs kagum dgn dia..dia hanya melihat sy mgkin dgn 1001 pertanyaan..
tp dia xmengerti apa perasaan sy kepadanya..
dia masih kecil untuk memahami ini sume..
dia masih lagi perlukan kedua ibubapa untuk mengharungi hidup y masih pnjg ni..

YA ALLAH , permudahkan perjalanan hidup mereka .. aku xmampu nk tgk mereka hidup dlm berduka lg.. ckp la dgn ujian yg KAU berikan pd mereka..



adik ni minta sy amik gmbrnya..disebalik senyuman ada sesuatu yg kita tidak mengetahuinya...

ni gmbr y di snap oleh adik SYIMA

Azim bersama AIZAT (berumur 8thn)

bergambar kenangan bersama adik2 tersayang...semoga adik2 semua sentiasa dirahmati ALLAH slalu..