Monday, August 31, 2009

frendship??


salam...
hari ni sy rasa btol2 pnt...
tp rs terubat la ckit sal br blk umh k.long...
erm..apa makna kawan2 sume ttg sahabat??
sy xtau nk ertikan n describe ia mcm mn..
sy pn xtau nk buat shbt sy gembira mcm mn..
sy xlayak nk di buat shbt sbb sy sllu menyusahkan kwn2...
hr ni, sy tau..
ida n tini terguris dgn sikap sy..
sy sdiri x tau knpe sejak 2,3 menjak ni..
sy terlalu "emo"..
ya ALLAH..
knpe sy menguriskan hati teman yg sy sygi??
.....buat tini n ida.....
sy btol2 mnta maaf dgn sikap sy hr ni..
dh la menyusahkan korang p pekan jemput sy...
tp sy plak yg buat kamu terluka...
sy rs biarlah sy sendirian..
biarkan la sy dgn dunia sy..
sy dh xnak sshkan kamu ber2...
tini..awk dh ada ida..
ida..awk dh ada tini..
pndai2 la jg prshabtan kalian..
sy xblh nk jd seorg shbt yg baik..
sy terlalu mementingkan diri sendiri..
maafkan sy skli lg...
biarla sy yg mengundur diri..
drpd kalian asyik memendam perasaan benci ttg dr sy...
trime kasih diatas segala2 nya..
sy ingin bersendirian mulai saat ini..
sy kn bljr mulai skrg...
sbb esk2 sy kn harungi hidup sy seorang diri jg...

Saturday, August 29, 2009

'assigment oh asigment'

huhu...
takutnye menanti hari untuk siang..
mata sy xpejam lg..skarg dh kol 4pg..
nmpk gaya memg xtdo ni..
esk pg2 kol 7 nk kn bergerak ke Rumah Pemulihan BOAS,Klang..
kn buat pgram kat sana..
adeiiii..
pk2 blk..mcm2 dugaan yg perlu kami tempuhi untuk esk..
esk xtau la mcm mn ni..
harap2 sume berjalan dgn lncar..insyaALLAH..
dr hr mncari tmpat untuk buat pgram hingga dh confirm..
pastu cr kerete nk disewa g sn..
pas tu cr driver...
sume bzy...
fariq n faiz ada midterm ..so xley jd driver...
paksa azim ...
pujuk2 dia kata boleh..
tp ptg td dia call mnta cr org lain..dia nk blk kg..
erm..nk x nk terpaksa cr org lain...
sabar je la dgn pak cik ni..huhu...
xley nk paksa2 org...xbaik..hehe..
nsb baik ada kwn yg sudi tlg untuk hr esk..
pk2 ni la balasan kalu kita berbuat baik dgn org..
kalu kita senang dgn kwn..insyaALLAH kwn pn akn tlg kita bila kita dlm ssh...
esk plan pas hbs aktiviti nk g umh kak long kat sg.buloh..
rsa nk mencari kedamaian sambil menghilangkan rindu kat ma & abah...
walaupun assigmnt bertimbun menanti..tp sy msti kluar mencari ketenangan sebelum ia menjadi parah..huhu..
hrp2 pgram bersama x-pngih ddh esk berjalan dgn lancar...
sume pnghuni sana india n cina...
1 cabaran yg perlu sy dan ahli kumpulan lalui..
seorang kaunselor perlu menerima klien tanpa syarat..:)
kita berjumpa di lain coretan..
......salam....

Thursday, August 27, 2009

dream again...

mlm tadi..
sy tak berkesempatan nk menunaikan terawih di surau...
xsedap badan..tapi sy gagahkn jua untuk ikut imam dan hanya buat di bilik..
nasib baik, speaker surau dkt dgn bilik sy..
paksa juga diri untuk buat amalan sunat..
tp xberkesempatan nk buat solat sunat witir..
blkg dh rs sengalyg amat..
trus take a medicine...
tkut melarat, sy tekad nk telan 2 biji (overdose pill killer)..
xsmpai 5 mnt..sy dh xsdr pe2 dh...
huhu....
tp sy dikejutkan satu mimpi yg ngeri..
yg sering menghantui hidup sy sejak kebelakangn ini...
dlm area kol 2 a.m..
sy trus bgn dan berjalan..
alhamdulillah sy msh lg mampu berbuat sedemikian..
syukur sgt2.. ALLAH msh lg bg kesempatan buat diri sy.
trus msk toilet buat pe2 yg ptt...
amik air smyang..
sy buat solat hajat..
mohon pd ALLAH agar sume yg sy alami hnyalah gurauan..
sy pinta dr ALLAH agar sy diberikan kekuatan..
ditetapkn iman..
....ameenn...
tp nk tido smula amat ssh..
mimpi masih lg trus menghantui pkran...
trus dgn buat asgmnt yg bertangguh smbil baring2...
nk buat kat meja study mmg sy xley ddk lama dh...
nnti sy jg yg mngis x berlagu...
erm...
bila sy mahu khbrkn ini sume kat family sy???
..uwwwaaaaaaaa...
i need them...
but..how i must tell them about myself??
who know??please help me...:(

mengejutkan orang dr tidor....

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Wednesday, August 26, 2009

maafkan diriku :(

Assalamualaikum…

Hr ni dh msk hr ke 6 kita berpuasa..

6hr jg la sy xdpt nk telan nsi waktu berbuka..

Xtau knpe ni sume terjadi..

Sedih..sedih…

Air mata rs nk menitis je tiap2 hri..

Tp nk menangis depan housemate2 nnti pe kata depa…

Adeii..

Ya ALLAH..

Aku xkuat nk hadapi ni sume…

Tiada bahu untuk aku menmpang menangis..

Aku lemah YA ALLAH…

Kat meja makan jasad je yg ada..

Tp jiwa raga melayang entah kemana..

Alhamdulillah 2 hr lepas akhirnya sy dpt kongsikan masalah sy dgn org tersayang..

Tp bagaimana penerimaan dia?? Sy tau setiap org lelaki inginkn wanita yg sempurna.. :(

Sy xhbs2 menyusahkan hidup org sekeliling sy…

Bila sy nk biarkan org sekeliling sy hidup aman tanpa saya??

Sy masih lagi dlm mood yg x stabil…

Tiap2 hari hnya menangis..menangis… je sy tau..

Mata dh bengkak dan x seceria mata hr2 yg lps..

Tiap2 hari sy hidup dlm menipu..

Tipu org sekeliling menunjukkan sy happy…

Tapi sebenarnya tidak sama sekali…

Maafkan sy sahabat2..teman2..kerna sentiasa menyusahkan hidup kalian…

Tuesday, August 25, 2009

masihkah ada hari esok ...

masihkah ada senyum untuk hari esok..
masihkah ada kekuatan untuk aku lalui..
masihkah ada peluang untuk aku lakukan..
masihkah ada rasa untuk aku tempuhi hari2 mendatang..
Andai aku diberi peluang...
ingin aku putar kembali masa lalu..
agar aku lebih berhati-hati..
agar aku jadi org yang berguna..
agar diri aku mampu berdiri untuk hari esok..
Andai esok aku tidak seperti hari ini...
tidak mampu berdiri seperti hari ini...
tidak mampu mengukir senyuman seperti hari ini...
tidak mampu bergelak tawa seperti hari ini...
tidak mampu untuk bersama teman seperti hari ini...
Masihkah ada tangan yang menghulur bantuan??
Masihkah ada teman-teman yang mendampingi aku??
Masihkah ada senyuman dibibirku??
Aku tidak minta simpati sesiapa pun..
aku hanya mahukan kekuatan untuk aku lalui hari esok..
aku hanya pinta satu peluang untuk aku capai cita-cita aku..
namun...
sesungguhnya aku tidak sanggup untuk menempuh hari esok..

Sunday, August 23, 2009

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan.

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam 3 :
Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 :
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.
Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 :
Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Friday, August 21, 2009

marhaban ya RAMADHAN



assalamualaikum.
buat warga islam sedunia..
selamat menyambut RAMADHAN al- MUBARAK..
syukur kita masih lagi diberi kesempatan menunaikan ibadah kali ni..
sempurnakanlah ibadah seperti RAMADHAN kali ini kali terakhir..
smoga amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t...

Tuesday, August 18, 2009

KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius

Suka mendidik dan dididik Sangat

mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam

Pandai mengambil hati orang lain

Pendiam kecuali telah dirangsang

Agak pemalu

Daya tumpuan yang sangat tinggi

Mudah mendisiplinkan diri sendiri

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema

Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya

Cukupsayang pada kanak-kanak

Suka duduk di rumah

Setia pada segala-galanya

Perlu belajar kemahiran sosial

Sikap cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak

Sukakan benda yang reality dan abstrak

Intelligent, bijak dan genius

Berpesonaliti yang mudah berubah

Mudah menawan orang lain.

Agak pendiam, pemalu dan rendah diri

Jujur dan setia pada segalanya

Keras hati untuk mencapai matlamat

Tidak suka dikongkong

Mudah memberontak apabila dikongkong

Suka kegiatan yang lasak

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif

Mudah mempamerkan marahnya

Tidak suka benda yang remeh-temeh

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

Sangat berani dan suka memberontak

Bercita-cita tinggi dan suka berangan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya

Pemerhatian yang tajam.

Suka hiburan dan sukan

Suka benda yang bersifat seni

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

Berkecenderungan pada benda yang tahyul

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

Belajar untuk mempamerkan emosi

.

MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan

Mudah didampingi

Sangat pemalu dan pemendam rasa

Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati

Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran

Suka pada kedamaian

Sangat peka kepada orang lain

Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain

Tidak cepat marah dan sangat amanah

Tahu balas budi dan tahu kenang budi

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

Suka berangan-angan

Suka melancong

Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

Kelam kabut dalam memilih pasangan

Suka dgn hiasan rumahtangga

Punya bakat seni dalam bidang muzik

Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik

Jangan terlalu moody.


......ni bulan paling dinanti2kan....

APRIL

Sangat aktif dan dinamik

Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

Sangat menarik dan pandai manjakan diri

Punya daya mental yang sangat kuat

Suka diberi perhatian

Sangat diplomatik (pandai memujuk ).

Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang

Sangat berani dan tiada perasaan takut

Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

Emosi cepat terusik

Try control the emotion

Kecenderungan bersifat dendam

Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan

Kuat daya ingatan

Gerak hati yang sangat kuat

Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

Berpenyakit di sekitar kepala dan dada

Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI

Kekerasan hati & degil

Kuat semangat & bermotivasi tinggi

Pemikiran yang tajam

Mudah marah apabila tidak dikawal

Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian

Perasaan yang amat mendalam

Cantik dari segi mental &fizikal

Tidak perlu dimotivasikan

Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri)

Suka berangan

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit

Daya khayalan yang tinggi

Permikiran yang tajam

Pandai berdebat

Fizikal yang baik

Kelemahan sistem pernafasan

Suka sastera, seni & muzik serta melancong

Tidak berapa suka duduk di rumah

Tidak boleh duduk diam

Tidak punya ramai anak

Rajin dan bersemangat tinggi

Agak boros

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan

Mudah ditawan kerana sikap baik

Berperangai yang lemah lembut

Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood

Idea yang terlalu banyak di kepala

Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir)

Sukar melakukan sesuatu dengan segera

Bersikap suka menangguh-nangguh

Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik

Cepat marah & cepat sejuk

Suka bercakap & berdebat

Suka buat lawak & bergurau

Otaknya cerdas berangan-angan

Mudah berkawan & pandai berkawan

Orang yang sangat tertib

Pandai mempamerkan sikap

Mudah kecil hati

Mudah kena selsema

Suka berkemas

Cepat rasa bosan

Sikap terlalu memilih & cerewet

Kurang mempamerkan perasaan

Lambat nak sembuh apabila terluka hati

Suka kepada barang yang berjenama

Mudah menjadi eksekutif

Kedegilan yang tidak terkawal

Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping

Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki

Agak pendiam kecuali diransang

Ada harga dan maruah diri

Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan

Mudah dipujuk dan bercakap lurus

Sangat menjaga hati orang lain

Sangat peramah

Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya

Berjiwa sentimental

Jarang berdendam

Mudah memaafkan tapi sukar melupakan

Tidak suka benda remeh-temeh

Membimbing cara fizikal dan mental

Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang

Layanan yang serupa dengan semua orang

Tinggi daya simpati

Pemerhatian yang tajam

Suka menilai orang lain dengan pemerhatian

Mudah dan rajin belajar

Suka muhasabah diri

Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama

Suka mendiamkan diri

Suka duduk di rumah

Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

Tak agresif kecuali terpaksa

Lemah dari segi kesihatan perut

Mudah gemuk kawal tak kawal diet

Minta disayangi

Mudah terluka hati tapi lambat pulih

Terlalu mengambil berat

Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak

Mudah tertawan kepadanya

Sopan santun dan caring terhadap orang lain

Berani dan tidak tahu takut

Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan

Pandai pujuk orang lain

Terlalu pemurah & bersikap ego

Nilai harga diri yang sangat tinggi

Dahagakan pujian

Semangat juang yang luar biasa

Cepat marah & mudah mengamuk

Mudah marah apabila cakapnya dilawan

Sangat cemburu

Daya pemerhatian yang tajam & teliti

Cepat berfikir

Fikiran yang berdikari

Suka memimpin & dipimpin

Sifat suka berangan

Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat

Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk

Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit

Belajar untuk relax

Sikap kelam kabut

Romantik, pengasih & penyayang

Suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur

Sangat cermat, teliti & teratur

Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik

Pendiam tapi pandai bercakap

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati

Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur

Kerja yang dilakukan sangat sempurna

Sangat sensitif yang tidak diketahui

Orang yang banyak berfikir

Daya pentaakulan yang baik

Otak bijak & mudah belajar

Suka mencari maklumat

Kawal diri dari terlalu mengkritik

Pandai mendorong diri sendiri

Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan

rahsia

Suka sukan, hiburan & melancong

Kurang menunjukkan perasaannya

Terluka hatinya sangat lama disimpan

Terlalu memilih pasangan

Sukakan benda yang luas

Bersistematik

OKTOBER

Suka sembang

Suka orang yang sayang padanya

Suka ambil jalan tengah

Sangat menawan & sopan santun

Kecantikan luar & dalam

Tidak pandai berbohong & berpura-pura

Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan

Sentiasa berkawan

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama

Cepat marah

Macam pentingkan diri sendiri

Tidak menolong orang kecuali diminta

Suka melihat dari perspektifnya sendiri

Tidak suka terima pandangan orang lain

Emosi yang mudah terusik

Suka berangan & pandai bercakap

Emosi yang kelam kabut

Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

Suka melancong, bidang sastera & seni

Pengasih, penyayang & lemah lembut

Romantik dalam percintaan

Mudah terusik hati & cemburu

Ambil berat tentang orang lain

Suka kegiatan luar Orang yang adil

Boros & mudah dipengaruhi persekitaran

Mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya

Berfikiran kehadapan

Berfikiran unik dan bijak

Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa

Pemikiran yang tajam

Daya firasat yang sangat halus dan tinggi

Bagus untuk jadi doktor

Cermat dan teliti

Personaliti dinamik

Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran

Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.

Diusahakan sehingga berjaya

Tak suka marah kecuali digugat

Mudah ambil berat terhadap orang lain

Pandai muhasabah diri

Cara berfikir lain dari orang lain

Otak yang sangat tajam

Pandai mendorong diri sendiri

Tidak hargai pujian

Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya

Badan yang "tough" (sasa)

Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam

Romantik

Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang

Suka duduk di rumah

Sangat rajin dan berkemampuan tinggi

Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia

Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

Bercita-cita tinggi

Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


DISEMBER

Sangat setia dan pemurah

Bersifat patriotik

Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa

Bercita-cita tinggi

Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

Seronok didampingi

Suka bercampur dengan orang

Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai

Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur

Tidak pandai berpura-pura

Cepat marah Perangai yang berubah-ubah

Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

Benci pada kongkongan

Suka berlawak

Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik