Thursday, August 13, 2009

H!N! semakin meningkat ????

KUALA LUMPUR: Ketika angka korban Influenza A (H1N1) di negara ini mencecah 44 orang berikutan enam lagi kematian dilaporkan semalam, pelbagai pihak terus bercanggah pendapat berhubung desakan supaya semua sekolah ditutup bagi mengelak penularan wabak itu.
Sesetengah pihak pula keliru kerana mendakwa garis panduan berhubung penutupan sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) dikeluarkan pihak berkuasa tidak jelas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada sidang media di Putrajaya semalam, berkata penutupan sekolah atau IPT hanya langkah terakhir dan boleh dilakukan apabila kehadiran pengajar serta pelajar terlalu sedikit sehingga menjejaskan operasi.
Katanya, pihak sekolah dan IPT bertanggungjawab untuk memutuskan status penutupan kelas, sekolah dan institusi terbabit sekiranya penularan H1N1 sudah tidak terkawal lagi. ( berita harian online, 13.8.09)
...........................................................................................................

adakah ni bala dr ALLAH??
rasa dunia hri ni dh xslamat..
rs nk lari jauh2..
tp nk lari kemana??
setiap hari akan ada kes kematian H1N1 dilaporkan..
bukan seorang,2..tp lebih kurang 5 orang sehari yg dilporkan..
mangsa nya...kanak2, ibu2 mengandung, warga emas dan yg mempunyai pelbagai penyakit kronik...
mana peranan pihak yg bertanggungjawab nk memainkan peranan mereka??
kitakn 1 MALAYSIA.. " Rakyat diutamakan"
xkan bila kematian mencecah 100lebih br nk amik tindakan yg tegas..
...ya ALLAH..
...ampunkanlah dosa kami semua...
...peliharalah iman kami semua...
...jauhkan lah bala ni dr kami semua...
...pulihkanlah kembali keadaan seperti dulu...
...kami x terdaya nk menerima ujianMU ni....
...kami hanya umat yg lemah...
...yg xmempunyai kuasa nk melawan...
...hanya padaMu kami berharap ALLAH...
..semoga kami berada dlm lindungan ALLAH s.w.t..
..............ameen...............

No comments:

Post a Comment