Saturday, January 16, 2010

..Selamat Ulang Tahun...

assalamualaikum...
agak terlambat sy pos kn entry ni.alhamdulillah 12.Januari lepas, ibu yg hanya satu didunia ini menyambut hari lahirnya yg ke-53..sayu rs hati sebab sekali lg, tidak mampu menyambut hari lahir mak..msih lg xtau nk beli hadiah apa untuk mak..lagi sayu bila mengenangkan susah payah mak membesarkan sy dan adik beradik..tp sampai umur mak 53 tahun, kami adik beradik masih lg tidak berkesempatan nk sambut hari jadi mak..sy berjanji pada diri sy sendiri, nnti esok hari bila sy sudah ada kerjaya, sy akan raikan hr ini dengan ibu..ALLAH..panjangkanlah umur ibu aku,agar aku mampu tunaikan janji aku ini...kami adik beradik hanya mampu telefon dan menghantar mesej sja kat mak..andai diberi peluang ingin sy membawa mak dan abah pergi ke MEKAH..insyaALLAH..

Selamat Hari Lahir Ibu




Hidup ini terlengkap dengan hadirmu

Terima kasih Allah yang mendatangkan Ibu

Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu

Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku


Kulihat kau amat sederhana ibu

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku

Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu

Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu


Hari ini hari lahirmu

Di pagi negeriku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buatmu ibu yang berhati mulus


aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu

Masih lagi tidak mampu meraikan

Aku sujud kepada Tuhan

Yang memberikanku dikau wahai ibu


Selamat hari lahir

Semoga Allah mencintaimu

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai ibu

semoga ALLAH sentiasa merahmati ibu yg sy sayangi dunia akhirat....


Wednesday, January 13, 2010

..pemergian..

PEMERGIAN…

Semalam bersamaan 11 Januari 2010..warga UPSI dikejutkan dengan pemergian 2 sahabat yang perginya pasti tidak akan kembali lagi bersama kita di dunia fana ini. Sy mendapat berita tersebut dari rakan kelu lidah dan hanya mampu menyedekahkan al-fatihah buat kedua sahabat ini. Sy juga diberitahu, jenazah akan disembahyangkan di surau Al- Falah, ( surau kolej sy ) selepas zohor..Maklumat yang didengari juga mengatakan arwah berasal dr negeri Kelantan dan merupakan imam di Kolej Ungku Omar (KUO). Rasa syahdu sangat2 bila mengetahui yg diri arwah adalah org yg beriman..

Sy bersama Tini dan Dila berkesempatan meluangkan masa untuk bersama- sama menyembahyangkan solat jenazah buat penghormatan yg terakhir untuk arwah. Ketika ini, hanya seorang saja yg disembahyangkan iaitu, saudara arwah Mohd Faizol..dimaklumkan rakan karibnya, saudara Mohd Fadhiri menghembuskan nafasnya di Hospital Teluk Intan selepas bertarung nyawa. Namun, ALLAH lebih menyayangi mereka..

Dengan berita ini, terlintas difikiran dan hati sy, kematian itu datang tanpa diberitahu..Sy hanya manusia biasa, hamba ALLAH yg seringkali leka dan lalai dalam meniti hari- hari..Ketika ini juga lah, sy membayangkan wajah kedua mak dan abah sy di kampung.. Sy membayangkan bagaimana perasaan keluarga kedua arwah ini menanti jenazah anak mereka di kampung.. Ya ALLAH.. nauzubillah..rs menitis air mata bila membayangkan… Pemergian kedua sahabat ini amat dirasakan kerana mereka berdua merupakan mantan iman di surau kolej kediaman mereka..semoga roh dua sahabat ini ditempatkan di tempat yg mulia dan tergolong di dalam golongan para soleh..

Cikgu Mohd Fadhiri

Cikgu Mohd Faizol
Lagu nasyid nyanyian In-Team tentang Detik Kematian begitu menyayat hati yg mengingatkan tentang kematian yg datang tanpa diberitahu....


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

wassalam...



Friday, January 8, 2010

..kemana pencarianku???....

Hidup ini untuk apa? Untuk apa kita hidup? Mencari jawaJustify Fullpan bagi mereka yang sedang tercari-cari. Dan kepada mereka yang masih tidak ketemui jawapan, bersabarlah, bersyukurlah, setidak-tidaknya kamu lebih baik dari mereka yang lansung tidak tercari-cari, malahan tidak sedar bahawa diri mereka sesat. Kasihan.

Hidup ini suatu persinggahan sementara, destinasinya tidak kita ketahui di mana. Hidup ini ladang untuk kita bercucuk tanam, berbuat amal dan akhirat sana tempat kita mengutip hasil. Bagaimanakah hasil amalanku? Ya Allah, aku banyak melakukan dosa.

Sedih, takut mengenangkan nasib diri. Resah dengan percaturan hidup. Ah, siapa yang salah? Kalau bukan aku sendiri yang tidak berfikir panjang, sering melupakan Tuhan, sering alpa dan leka. Salah aku kerana pernah buta, pernah pekak, pernah mensia-siakan segala anugerah Tuhan yang tidak terhitung banyaknya. Memang aku yang salah.

Melihat dalam diri, toleh kebelakang mengimbas kenangan silam. Terbit rasa benci, rasa jijik. Ah, itukah aku? Yang hitam, yang busuk, yang hina! Aduh~ Sejarah silam kenapa kau terus mengejar aku, membayangi aku? Kenapa masih ada di situ tidak pergi tinggalkan aku? Kerana kau adalah aku dan aku adalah kau. Aku tak mungkin aku, tanpa kau.

Aku mencoret, aku mengukir, aku melukis. Di sini, lembaran ini. Dan di mana jua. Mungkin, ada masa aku dikenang, ada masa aku diingati, dan ada masanya pula, aku akan dilupai. Aku bukanlah sesiapa. Bukan primadona bukan ratu. Bukan karyawan bukan sejarahwan. Bukan hartawan bukan sesiapa. Aku cumalah aku. Hanya insan biasa. Insan yang punyai seribu satu kelemahan.

Bila-bila masa, aku akan dilupai. Tulisanku juga mungkin padam. Mungkin luput. Aku akan sirna. Hilang dibawa masa. Namun satu aku percaya, catatan Sang Rakib dan Sang Atib. Tidak mungkin terpadam. Tidak mungkin terluput. Tidak mungkin dimakan masa. Kekal, selamanya di situ. Tersimpan, terlipat kemas, hingga sampai masa itu.

Aduh~ Aku jadi gentar, siapa yang akan hulurkan dulu? Di hadapan Tuhan kelak? Tangan kiri atau kanan? Buku Rakib atau Atid yang lebih berat? Aduh~ Aku takut. Bagaimana kelak nasib aku? Terampunkah dosaku. Tersucikah segala noda dan debu? Ke mana arah yang akan aku tuju? Di manakah destinasi aku?

Masih, di sini, setia mencari sebuah destinasi.

...pergilah DUKA....

Allahu Allah.. Beratnya kaki ini untuk terus melangkah. Kiri dan kanan bagaikan menghimpit, menyesakkan nafas di dada. Barat atau selatan bagaikan berliku beronak duri, penuh ranjau yang menyakitkan. Harus ke mana lagi langkah kaki ini diatur?

Allahu Allah.. Sungguh terasa diri ini begitu kerdil, tidak punyai kuasa atau kudrat, lemah lagi hina, tidak berdaya untuk terus mengatur langkah ke hadapan. Segalanya bagaikan tersimpul kusut, mustahil untuk diuraikan. Kanan atau kiri bagaikan tiada beza. Di hadapan menanti jalan mati. Buntu.

Allah ya Allah.. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui. Dunia ini cuma persinggahan sementara, dunia ini bagaikan penjara, di dunia ini sudah banyak airmata yang gugur. Allah ya Allah, moga kasih sayang-Mu sentiasa ada buatku. Moga redha dan rahmat-Mu sentiasa memayungi aku.

Allah ya Allah.. Hanya pada-Mu tempat aku bermohon. Aku tidak mungkin setabah Muhammad saw, tapi setidaknya, jangan Kau biar aku mengalah sebelum aku mencuba. Jangan Kau biar aku berundur sebelum melangkah. Jangan Kau biar aku gagal tanpa berusaha. Jangan Kau biar aku tewas sebelum aku berjuang Ya Allah.

Allah ya Allah.. Jangan Kau jadikan aku hamba-Mu yang tidak bersyukur, yang cuma tahu mengadu domba, merayu dan memohon. Terimalah aduanku ini sebagai bukti kasihku pada-Mu, sebagai tanda aku yakin dan percaya pada-Mu, sebagai pengabdianku sebagai seorang hamba yang menjadi milik Sang Penguasa, sebagai pendorong untuk aku supaya terus tabah, sebagai penguat semangat agar jiwa ini lebih kental, kerana aku yakin, aku tidak sendirian, Kau sentiasa ada bersamaku.

Allah ya Allah.. Mungkin aku tidak sekental Musa yang sering dimusuhi Firaun, atau tidak setabah Ayub yang ditimpa musibah penyakit, tidak setulus Ibrahim yang sanggup korbankan Ismail atau semulia Muhammad yang hidup demi perjuangkan agama-Mu. Tapi aku juga hamba-Mu seperti mereka, makhluk ciptaan-Mu seperti mereka. Maka kasihanilah aku Ya Allah, semoga mereka yang terpilih, mereka Kau cintai menjadi inspirasi buatku agar aku terus tabah menyusun langkah.

Bumi mana tidak ditimpa hujan? Pipi mana tidak pernah dibasahi airmata? Aku tidak menangis sendirian. Tidak masuk syurga seorang itu sebelum diuji Allah, dan sesungguhnya aku percaya, dugaan itu tarbiyah dari Allah.

La tahzan, jangan bersedih wahai hati. Dunia ini tidak mungkin dapat diubah dengan kesedihan. Kesedihan hanya mampu mematahkan sendi-sendi kekuatan, merosakkan jiwa-jiwa yang kental, membinasakan azam dan impian yang menggunung. La tahzan, usirlah segala duka, senyumlah dan teruskan kehidupan. Allah ada bersama kamu. Optimis! ^_^

Indahnya awan biru dihiasi burung-burung yang berterbangan riang. Damainya malam dihiasi bintang-bintang yang bergemerlapan. Siang dan malam bersilih ganti bukti kebesaran-Mu. Maha suci Allah. Aku sujud dan tunduk pada keagungan-Mu.