Sunday, May 24, 2009

SELAMAT HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Wednesday, May 20, 2009

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

17 MEI 09 , sy dan rakan-rakan (Maiza,Yati,Su,Yana,Syikin,Faiz,Fariq) ex-SMK Tendong san seorang rakan baru dr Skolh Ayer Lanas ,Norel telah mendaftarkan diri di Smk.Tendong untuk menjalani satu amanat dr UPSI bagi melihat dengan sendiri bagaimana prosedur dan bagaimana P&P berlaku di sekolah.
Ini dipanggil Rancangan Organisasi Sekolah (ROS). Memang rasa berdebar mula2 tapi memangdangkan kami ramai..selamba je la..
hari pertama smpai mmg xtau nk g mn..ye la tambah2 skolh ni ada majlis besar..Majlis Permata Negara...katanya semua pengetua dan guru besar seluruh negeri Kelantan berkumpul di sini hari ini...(smbut kedatangan kami jg kot)..hehe..
ni gmbr cikgu2 ROS..rasa janggal budak2 pggil cikgu..


ni cikgu Fariq & cikgu Norel..

ni plak cikgu Faiz..ank kesygn cikgu C.we..


n rasa malu lagi dgn bekas2 cikgu kat skolah ni..ye la..msh x setaraf lg sy dgn cikgu2 yg pernah menabur ilmu pada sy dan rakan2. Rasanya masih x terlambat lagi untuk sy mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat cikgu2 yg mengajar sy semasa form 6 dulu..
xlupa jg buat cikgu2 di SK.Bunut Susu dan SMK Bunut Susu..
Hr pertama mmg penat sbb ramai cikgu yg buzy..so kami menjadi mangsa..huhu..
tu br ganti kelas x lg mngajar..hehe..
ni sume dugaan yg perlu kami lalui 2 minggu je..hehe..
pe2 pn buat kwn2 yg buat ROS good Luck sume..
nnti kita bercerita bila naik sem ni..hehe..

Wednesday, May 6, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun
satu ayat..."
Wassalam, "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk
Akhirat Mu"

Tuesday, May 5, 2009

mencari & menanti

“Saya sedar saya tidaklah sehebat
Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing
saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab
itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak
memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk
mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa,
mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup
semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung
labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah
seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh
suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia
mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah
kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan
kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu
ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang
soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.
Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas
berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya
rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan
hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang
solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang
solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia
belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si
solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada
JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.
Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’
walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita
berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

setiap wanita itu cantik

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya
cukup kuat
untuk menopang dunia; namun,
harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk
mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan
penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-
anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat
menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya
untuk
melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang
menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi
suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari
pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia
menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari
matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."
kecantikan wanita yang azali..
bukan pada kecantikan luaran
semata-mata……
Selami lah hati wanita mu.. dan
ingat lah…
Setiap Wanita itu Cantik.

Monday, May 4, 2009

warkah buat HAWA

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA
, andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…

TIME SQUARE

Salam..
1.5.09 sy,ida,tini & yati kluar jaln2 kat k.l..
kitaorg dh hbs exam..hehe..
tp ada 1 misi yg perlu sy lakukan..
misi besar...
-nk buat suprise party kat azim-
sy tlh bersetongkol dgn kwn2 lama yg tggl kat area K.L..
plan ni dh seminggu sy rancang..
syah,zulhelmi,izwe n c`pah telah bertungkus lumus untuk join..
plan nk buat dia terkejut mmg ssh..
kesian kat zulhelmi kena pk nk tipu mcm2 nk bg dia x hidu planning kitaorg..
masa atas bas on the way ke k.l.
azim call..n sy tipu yg sy n geng2 on the way ke kampus..
pade hal sy on the way ke k.L..
hehe ..(tipu sunat)..
smpai di t.square..
lps jumaat jmpa sy & C.Pah nk g cr kek..
pnye la bsr T.Square tu 1 kedai kek pn xde..penat tul..
mnyesal xbeli di Tg.Malim je..hehe..
last2 jmpa 1 kdai kek ni yg dkt pntu masuk monorail..
tp...
1 biji kek yg 1/2 kg hrga pnya le mahal..tggl brape je lg nk smpai rm50 hehe..
over badget....
hehe..
tp nk x nak t`paksa le sy korbankan jg..
xpe la pk2 bukn slalu sy buat cmni..hehe..


shah..izwe..c.pah..tini..ida..yati n sy terpaksa melarikan diri apabila ternampak
Azim n Zulhelmi menuruni eskalator..
fuhhh...penat tul nk lari dr org yg ada kaki ni..hehe..
jnji dgn zulhelmi kat KFC..
zulhelmi kata mcm2 alasan dicipta untuk tarik azim nk msk KFC..
Azim kata br pas mkn..xkn nk mkn..
tp nsb baik le dia ikut jg...
so...
kitaorg dop kat luar KFC intai Azim n Zulhelmi kat dalam..
Shah & Izwe msk dlu dr kitaorg yg girls ni..
n mmg planning ktaorg menjdi..
hehe..
dia terkejut..



hehe..sbb ms Azim call Shah..Shah gtau dia kat kampung..
memg hr tu sume org jd penipu..hehe..
alhamdulillah plan sy n rakan2 menjadi..
terima kasih bnyk2 buat Izwe,Shah,Zulhelmi n C`pah..
buat pelakon tambahan..ida,tini,yati..terima kasih menjayakan lakonan ni..hehe..
sume nmpk happy..hehe..nnti kita tgk plak sape plak yg akn terkena.hehe..

Lepas sambut besday..
kitaorg jalan2 pusing T.Square..
penat..tp happy..hehe



buat Azim..
sorry banyak2 buat awk terkejut..
hehe..
sorry gak sbb bnyk penipuan telah berlaku..
ni hadiah harijadi untuk awk..hehe..
semoga ada lg kesempatan untuk kita smbut besday awk lg..insyaALLAH..



Friday, May 1, 2009

MUNGKIN ANDA TAK MEMPERCAYAI...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUA PULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.