Wednesday, March 24, 2010

...ibu...

Bila seronok, aku cari.
...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Tuesday, March 23, 2010

..luahan..

assalamualaikum..
agak lama tidak meluangkan masa di dalam blog ni.
masa yang agak terhad untuk diluangkan..
di pagi yg sunyi ini, hati saya terdetikm untuk update kn blog yg telah bersawang ni..
mata masih segar dan otak berputar mengingat memori yang lepas..
terasa sayu je bila teringat tentang kisah2 remaja dulu..
ingin sekali sy mengulanginya sekali lg..
tapi apakan daya..
dh putaran kehidupan yang meninggalkan makhluk yang sentiasa alpa dan hanyut..
kini komitmen yang terpaksa dihadapi..
sekali lagi sy diuji oleh ALLAH..
permainan yang tidak akan ada kesudahan dan penamat..
sy hanya mampu untuk berdoa dan berusaha..
agar sy tidak lagi mengecilkan hati sume sahabat...
.......^_^......

..ayah...

Da Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada
ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap
wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang
terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa
wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian
membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang
berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...

Wednesday, February 3, 2010

..salam..

assalamualaikum..
sudah lama tidak mencoretkan tinta dan cerita di dalam blog ni..
masa agak tidak mencukupi untuk memberi ruang kepada sy untuk aktif berblogging..
tugasan yang perlu disiapkan perlu dihantar beberapa minggu je lagi..hoho..
lepas naik cuti midsem, nmpk gaya kena get ready untuk berjaga malam seperti malam2 sem2 lepas..hehe..br le ada rasa seorang student U..hehe..
bnyk yg hndak dicoretkan tetapi tidak berkesempatan..
sy juga perlu menyiapkan satu tugasan blog untuk disubmitkan..
blog yg perlu diisi dengan informasi tentang pendidikan dan berkaitan dengan bimbingan& kaunseling..
nantikan kemunculan blog ilmiah sy nnti..
apa2 pun..buat rakan- rakan seperjuangan, teruskan amanah kita sebagai seorang pelajar dan menunaikan amanah kedua ibu bapa yang ingin melihat kita sebagai anak berjaya dalam kehidupan..
sy sentiasa mendoakan yang terbaik buat rakan -rakan dan saudara2 islam kita di seluruh dunia..
semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat dr ALLAH dan segala kelakuan kita diberkati dan tergolongan di dalam golongan yang beriman juga memohon semoga ALLAH menetapkan iman kita di landasan yang betul..amin..

Saturday, January 16, 2010

..Selamat Ulang Tahun...

assalamualaikum...
agak terlambat sy pos kn entry ni.alhamdulillah 12.Januari lepas, ibu yg hanya satu didunia ini menyambut hari lahirnya yg ke-53..sayu rs hati sebab sekali lg, tidak mampu menyambut hari lahir mak..msih lg xtau nk beli hadiah apa untuk mak..lagi sayu bila mengenangkan susah payah mak membesarkan sy dan adik beradik..tp sampai umur mak 53 tahun, kami adik beradik masih lg tidak berkesempatan nk sambut hari jadi mak..sy berjanji pada diri sy sendiri, nnti esok hari bila sy sudah ada kerjaya, sy akan raikan hr ini dengan ibu..ALLAH..panjangkanlah umur ibu aku,agar aku mampu tunaikan janji aku ini...kami adik beradik hanya mampu telefon dan menghantar mesej sja kat mak..andai diberi peluang ingin sy membawa mak dan abah pergi ke MEKAH..insyaALLAH..

Selamat Hari Lahir Ibu




Hidup ini terlengkap dengan hadirmu

Terima kasih Allah yang mendatangkan Ibu

Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu

Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku


Kulihat kau amat sederhana ibu

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku

Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu

Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu


Hari ini hari lahirmu

Di pagi negeriku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buatmu ibu yang berhati mulus


aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu

Masih lagi tidak mampu meraikan

Aku sujud kepada Tuhan

Yang memberikanku dikau wahai ibu


Selamat hari lahir

Semoga Allah mencintaimu

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai ibu

semoga ALLAH sentiasa merahmati ibu yg sy sayangi dunia akhirat....


Wednesday, January 13, 2010

..pemergian..

PEMERGIAN…

Semalam bersamaan 11 Januari 2010..warga UPSI dikejutkan dengan pemergian 2 sahabat yang perginya pasti tidak akan kembali lagi bersama kita di dunia fana ini. Sy mendapat berita tersebut dari rakan kelu lidah dan hanya mampu menyedekahkan al-fatihah buat kedua sahabat ini. Sy juga diberitahu, jenazah akan disembahyangkan di surau Al- Falah, ( surau kolej sy ) selepas zohor..Maklumat yang didengari juga mengatakan arwah berasal dr negeri Kelantan dan merupakan imam di Kolej Ungku Omar (KUO). Rasa syahdu sangat2 bila mengetahui yg diri arwah adalah org yg beriman..

Sy bersama Tini dan Dila berkesempatan meluangkan masa untuk bersama- sama menyembahyangkan solat jenazah buat penghormatan yg terakhir untuk arwah. Ketika ini, hanya seorang saja yg disembahyangkan iaitu, saudara arwah Mohd Faizol..dimaklumkan rakan karibnya, saudara Mohd Fadhiri menghembuskan nafasnya di Hospital Teluk Intan selepas bertarung nyawa. Namun, ALLAH lebih menyayangi mereka..

Dengan berita ini, terlintas difikiran dan hati sy, kematian itu datang tanpa diberitahu..Sy hanya manusia biasa, hamba ALLAH yg seringkali leka dan lalai dalam meniti hari- hari..Ketika ini juga lah, sy membayangkan wajah kedua mak dan abah sy di kampung.. Sy membayangkan bagaimana perasaan keluarga kedua arwah ini menanti jenazah anak mereka di kampung.. Ya ALLAH.. nauzubillah..rs menitis air mata bila membayangkan… Pemergian kedua sahabat ini amat dirasakan kerana mereka berdua merupakan mantan iman di surau kolej kediaman mereka..semoga roh dua sahabat ini ditempatkan di tempat yg mulia dan tergolong di dalam golongan para soleh..

Cikgu Mohd Fadhiri

Cikgu Mohd Faizol
Lagu nasyid nyanyian In-Team tentang Detik Kematian begitu menyayat hati yg mengingatkan tentang kematian yg datang tanpa diberitahu....


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

wassalam...



Friday, January 8, 2010

..kemana pencarianku???....

Hidup ini untuk apa? Untuk apa kita hidup? Mencari jawaJustify Fullpan bagi mereka yang sedang tercari-cari. Dan kepada mereka yang masih tidak ketemui jawapan, bersabarlah, bersyukurlah, setidak-tidaknya kamu lebih baik dari mereka yang lansung tidak tercari-cari, malahan tidak sedar bahawa diri mereka sesat. Kasihan.

Hidup ini suatu persinggahan sementara, destinasinya tidak kita ketahui di mana. Hidup ini ladang untuk kita bercucuk tanam, berbuat amal dan akhirat sana tempat kita mengutip hasil. Bagaimanakah hasil amalanku? Ya Allah, aku banyak melakukan dosa.

Sedih, takut mengenangkan nasib diri. Resah dengan percaturan hidup. Ah, siapa yang salah? Kalau bukan aku sendiri yang tidak berfikir panjang, sering melupakan Tuhan, sering alpa dan leka. Salah aku kerana pernah buta, pernah pekak, pernah mensia-siakan segala anugerah Tuhan yang tidak terhitung banyaknya. Memang aku yang salah.

Melihat dalam diri, toleh kebelakang mengimbas kenangan silam. Terbit rasa benci, rasa jijik. Ah, itukah aku? Yang hitam, yang busuk, yang hina! Aduh~ Sejarah silam kenapa kau terus mengejar aku, membayangi aku? Kenapa masih ada di situ tidak pergi tinggalkan aku? Kerana kau adalah aku dan aku adalah kau. Aku tak mungkin aku, tanpa kau.

Aku mencoret, aku mengukir, aku melukis. Di sini, lembaran ini. Dan di mana jua. Mungkin, ada masa aku dikenang, ada masa aku diingati, dan ada masanya pula, aku akan dilupai. Aku bukanlah sesiapa. Bukan primadona bukan ratu. Bukan karyawan bukan sejarahwan. Bukan hartawan bukan sesiapa. Aku cumalah aku. Hanya insan biasa. Insan yang punyai seribu satu kelemahan.

Bila-bila masa, aku akan dilupai. Tulisanku juga mungkin padam. Mungkin luput. Aku akan sirna. Hilang dibawa masa. Namun satu aku percaya, catatan Sang Rakib dan Sang Atib. Tidak mungkin terpadam. Tidak mungkin terluput. Tidak mungkin dimakan masa. Kekal, selamanya di situ. Tersimpan, terlipat kemas, hingga sampai masa itu.

Aduh~ Aku jadi gentar, siapa yang akan hulurkan dulu? Di hadapan Tuhan kelak? Tangan kiri atau kanan? Buku Rakib atau Atid yang lebih berat? Aduh~ Aku takut. Bagaimana kelak nasib aku? Terampunkah dosaku. Tersucikah segala noda dan debu? Ke mana arah yang akan aku tuju? Di manakah destinasi aku?

Masih, di sini, setia mencari sebuah destinasi.