Tuesday, May 5, 2009

mencari & menanti

“Saya sedar saya tidaklah sehebat
Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing
saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab
itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak
memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk
mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa,
mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup
semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung
labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah
seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh
suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia
mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah
kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan
kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu
ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang
soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.
Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas
berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya
rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan
hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang
solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang
solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia
belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si
solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada
JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.
Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’
walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita
berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

No comments:

Post a Comment